Bismillahirrahmanirrahim.....syukur pada Allah dengan keizinanNYA tanggal 14 Jun 2011, terhasillah blog ini yang aku wujudkan sebagai ruangan untuk aku berkongsi pengalaman dengan anda diluar sana. Suatu pejalanan dan pengalaman baru yang akan aku tempuh dalam masa terdekat ini. Kini aku hanya menanti kelulusan visa dari pihak majikan aku. InsyaAllah katanya proses untuk visa itu mengambil masa selama dua minggu. Aku harapkan segalanya akan berjalan dengan lancar. Jadi sudilah kiranya anda diluar sana meluangkan sedikit masa untuk berkongsi pengalaman, pendapat atau apa-apa sahaja bahan bersama aku didalam blog aku ini. :)
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh... Aku bukan mencari hujan emas di negeri orang, tetapi ianya adalah lebih dari itu. Suatu perjalanan kehidupan bagi meneruskan kelangsungan hidup di atas muka bumi Allah yang fana ini...
Search This Blog
Aku
- rahmat76
- Ampang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
- Lahirnya pada 20 September 1976, anak ketujuh dari lapan beradik. Dilahirkan di Hospital Port Dickson dan dibesarkan di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Anak kepada Haji Abdul Razak dan Hajjah Ainon ini telah berkahwin dengan gadis pilihan hatinya Latifah pada 15 September 2001. Kini perjalanan aku akan bermula.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment