Search This Blog

Aku

Ampang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Lahirnya pada 20 September 1976, anak ketujuh dari lapan beradik. Dilahirkan di Hospital Port Dickson dan dibesarkan di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Anak kepada Haji Abdul Razak dan Hajjah Ainon ini telah berkahwin dengan gadis pilihan hatinya Latifah pada 15 September 2001. Kini perjalanan aku akan bermula.....

Friday 12 August 2011

buat kali ketiganya...aduhhhhhaiiiiii....

Assalamualaikum...

Rasa agak tertekan dan kecewa...itulah yang aku rasakan buat masa ini. Bukannya masalah kerja atau peribadi yang aku hadapi ketika ini. Apa yang aku rasai sekarang adalah kerana aku terpaksa pergi ke CID tempat dimana semua pekerja di Qatar ini mendaftarkan diri masing-masing untuk mendapatkan kad ID. Buat diri aku ini adalah kali ketiga aku terpaksa mendaftar. Kenapa, aku sendiri tidak tahu. Perghhhhh...hari Ahad ini 14 Ogos 2011 aku sekali lagi dipanggil oleh HR untuk pergi mendaftarkan cap jari, cap tapak tangan dan scan retina mata aku. Begitulah ketatnya proses untuk mendapatkan kad ID pekerja di Qatar ini. Aku tertanya-tanya kenapa Malaysia tidak buat begini. Untuk kali pertama pendaftaran dahulu mereka menggunakan sistem scanner sepenuhnya pada diri aku. Pada masa itu tiada sebarang masalah yang aku hadapi. Selesai sahaja pendaftaran  kami kembali ke pejabat masing-masing. Selang seminggu selepas itu aku mendapat panggilan dari HR, mungkin ID aku sudah siap agaknya itulah tanggapan aku sebelum akau menjawab panggilan talipon itu. Sangkaan aku meleset sama sekalirupa-rupanya aku dikehendaki sekali lagi datang HR untuk ke CID untuk mendaftar buat kali kedua. Tiada sebarang alasan yang diberikan bila aku bertanya kenapa aku perlu mendaftar untuk kali kedua. Sedangkan pendaftran kali pertma tiada pula masalah yang wujud. Kali ini pendaftaran aku adalah secara manual. Kena guna dakwat hitam macam cara kita di Malaysia dulu-dulu. Habis hitam tapak tangan aku. Nasib baiklah scan retina mata lepas kalau tidak apalah cara yang akan mereka gunakan. Dan semalam aku dapat email dari HR, sekali lagi aku disuruh lapor diri pada hari Ahad ini untuk pendaftaran kad ID. Ermmmmm...apalah masalahnya ni. Semua saing aku masa pergi sama-sama buat kali pertama dahulu dah dapat pun kad ID meraka. Ya Allah, Engkau permudahkanlah dan engkau lancarkanlah urusan aku untuk mendapatkan kad ID pekerja Qatar ini. Amin Ya Allah. Kad ID ini teramat penting pagi meraka yang bekerja di Qatar ini. Kad ID ini boleh disamakan dengan IC kita di Malaysia. Dengan adanya kad ini kita boleh memohon lesen memandu, beli kereta, memohon talian postpaid untuk telefon bimbit, buat pinjaman dan lain-lain lagi. Tapi yang paling penting adalah sebagai tiket bagi membolehkan kita untuk membawa isteri serta anak-anak hidup bersama disini. Tidak perlu risau tentang visa lagi. Biarlah kali yang ketiga ini adalah kali yang terakhir dan semoga semuanya berjalan lancar tanpa sebarang masalah lagi.

genaplah sebulan aku di QNB...

Assalamualaikum...

12 Julai 2011 lalu tarikh dimana aku mula menapakkan kaki di QNB. Majikan baru aku di Doha, Qatar ini. Hari ini 12 Ogos 2011 genaplah sebulan aku sebagai seorang pekerja QNB. Syukur alhamdulillah diatas nikmat rezeki Allah ini. Buat Mr. Bala, terima kasih di atas peluang yang diberi ini. Inilah peluang sekali seumur hidup. Buat isteri aku yang tercinta, abang ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kerana pengorbanan mu ini.  Terima kasih kerana kesetiaan dan kepercayaan terhadap diri abang ini kerana kita berjauhan. Kepada keluarga tercinta dan para sahabat yang disayangi terima kasih diatas sokongan, dorongan dan nasihat. Segala jasa baik kalian semua hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya. Semoga kalian semua dirahmati Allah.

Monday 1 August 2011

Puasa pertama aku jauh dari tanah air dan sendirian...

Assalamualaikum...

Jam dah pukul lima petang, aku percaya orang di Malaysia dah berbula dan pastinya tengah tengah berterawih. Ada 1 jam 20 minit lagi waktu untuk berbuka. Tak tau nak berbuka dimana, bos cakap nak bawak aku ketempat yang istimewa. Errmmmm... dimanalah agaknya tu. Inilah buat pertama kalinya aku berpuasa jauh dari isteri dan keluarga tercinta. Kini baru aku merasai hidup sebagai seorang perantau jauh dinegeri asing. Demi meneruskan kelangsungan hidup akan aku tempuh apa jua dugaanya insyaAllah. Mudah-mudahan Allah memberi kekuatan kepada aku. Selamat berpuasa dan beramal ibadat.

Saturday 30 July 2011

Ramadhan Al Mubarak...

Assalamualaikum...

Ermmmm...nampaknya puasa tahun ini aku seorang diri, nun jauh diperantauan. Apa pun aku bersyukur kerana Qatar ini negara berteraskan Islam. Macam manalah suasanya agaknya. Adakah semeriah di Malaysia, bumi bertuah? Apa yang pasti Ramadhan di sini dalam musim panas. Suatu pengalaman baru dan pastinya mencabar. Walau apa pun akan aku tempuhi jua, InsyaAllah. Kepada isteri tercinta, keluarga, sahabat handai dan umat Islam seluruh dunia SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK. Semoga Allah menerima segala amal ibadat kita baik yang wajib mahu pun yang sunat.

Gaji pertama aku...

Assalamualaikum...

Hampir dua minggu aku tidak dapat melihat blog aku ini. Ini adalah kerana aku hanya meminjam lappie ieteri aku. Jadi bila isteri aku kembali ke tanah air tidak dapatlah aku menjenguk kehalaman aku ini. Alhamdulillah hari ini aku dapat kembali lagi kehalaman aku ini. Sebabnya aku telah memiliki lappie aku sendiri. Itu pun setelah sekian lama kerana lappie aku sebelum ini telah rosak. Ini adalah benda pertama yang aku beli dengan GAJI PERTAMA aku. 27 Julai 2011 itulah tarikhnya. Syukur kehadrat Illahi atas nikmat rezeki pemberianNYA ini. Aku memang sungguh-sungguh bersyukur dan terima kasih kepada Mr Bala, kalau tidak kerana dia dan atas izin Allah tidak mungkin aku akan berada di bumi Qatar ini dan mungkin tidak dapat apa yang aku telah perolehi sekarang. Namun buat isteri tercinta yang sekarang ini berada di Tanah Suci Mekah, selamat mengerjakan ibadah Umrah. Semoga Allah menerima segala amal ibadat dan mempermudah segala urusan disana. Buat mu wahai ieteriku telah abang asingkan gaji pertama abang untung Ayang. Ermmmm....rindu aku pada isteri tercinta, keluarga dan tanah air tercinta. Namun akan aku kuatkan semangat dan jati diri untuk terus mencari rezeki di bumi asing ini.

Friday 15 July 2011

aku akan keseorangan...

Assalamualaikum...

Tiba harinya isteri tercinta akan pulang ke tanah air tercinta dan aku akan terus berada disini. Pasti aku akan sunyi dengan leteran dan gurau senda isteri tercinta. Penerbangannya jam 8:10 malam ini waktu tempatan, tiga jam sebelum itu sudah kena ada disana. Pesanan ku buat mu wahai isteriku sesungguhnya suamimu ini amat menyintai diri mu. Jaga diri dan keselamatan sepanjang berada ditanah air. Suamimu hanya mapu mendoakan dari jauh sahaja akan keselamatan dan kesihatan diri mu. Moga urusan untuk mendapatkan permit tinggal akan dipercepatkan tanpa sebarang masalah, insyaAllah. Suami mu akan setia menanti mu disini....Kanda Sayang Kamu....

Wednesday 13 July 2011

Masa untuk bekerja...

Assalamualaikum...

Pada 9 dan 10 Julai kami dibawa bersiar-siar oleh Mr Bala, hampir keseluruhan Doha kami lawati terutama pada sebelah petang. Maklumlah orang disini tak bersiar-siar diluar pada sebelah pagi atau tengah hari. Kalau ada pun mereka akan menghabiskan masa didalam pasaraya-pasaraya besar. Disamping itu ada juga kami bersiar-siar sendiri. Penat juga rasanya berjalan didalam pasaraya besar mereka. Masuk hari adalah hari kedua aku bekerja. Alhamdulillah segalanya tampak baik dan dipermudahkan Allah. Syukur juga pada Illahi kerana aku mendapat rakan sekerja yang ramah-ramah belaka. Ermmmm...aku ada satu pengalaman baru aku disini ia berkenaan dengan tambang teksi. Tambang teksinya memang mahal. Hari ini sahaja tambang teksi pergi kepejabat QR 15 untuk perjalanan 15 minit dan balik tadi aku kena QR 50 untuk perjalan 30 minit. Perghhhhh...mahal beb, boleh miss sorru ni kalau tak betul-betul. Tapi kata orang itulah pengalaman. InsyaAllah ada rezeki nanti akan miliki sebuah kereta idaman disini. Moga Allah memberkati. Satu lagi pengalaman baru aku disini, orang yang kerja pejabat disini tidak sarapan atau makan tengah hari. Ini mungkin disebabkan waktu kerja yang pendek. Ialah sektor kerajaan masuk kerja jam 7:00 pagi dan keluar jam 2:00 petang manakala sektor swasta pula masuk kerja jam 7:15 pagi dan keluar kerja jam 2:30 petang. Dua hari aku kelaparan disebabkan sistem bekerja mereka. Walau apa pun ianya adalah satu cabaran buat aku seorang ekspeteriat.

Tuesday 12 July 2011

Hari pertama aku...

Assalamualaikum...

Tibalah harinya yang dinantikan setelah sekian lama. Jam sekarang baru pukul 7:10 pagi waktu Qatar. Awal aku terjaga hari ini. Jantung berdegup kencang, pelbagai perasaan bercampur baur dan macam-macam perkara bermain didalam fikiran aku. Pagi ini 7:45 pagi aku akan dijemput oleh hotel limo ke Bahagian Sumber Manusia QNB. Pagi ini akan lebih kepada urusan kemasukan aku. Pastinya pelbagai dokumentasi yang harus aku isi. Setelah selesai nanti urusan aku di Bahagian Sumber Manusia aku akan dihantar ke QNB Qatar Sports Club, tempat dimana aku akan melaporkan diri dan bertugas nanti. Semoga Allah memberkati hari pertama aku ini dan agar semuanya berjalan dengan lancar.

Sunday 10 July 2011

Doha bermulanya satu perjalanan...

Assalamualaikum...

Tujuh jam perjalanan dari KLIA ke Lapangan Terbang Antarabangsa Doha. Dengan lafaz Bismillahirrahmannirrahim kami menjejakkan kaki ke bumi Doha jam 12:40 tengah hari waktu tempatan. Kehadiran kami disambut oleh Mr. Bala bekas ketua aku. Orang yang aku hormati dan dia juga bertanggungjawab membawa aku kemari. Terima kasih tidak terhingga kepad Mr. Bala jasa dan budimu tidak dapat aku balas dengan wang ringgit. Selain itu kedatangan aku turut disambut oleh penyambut tetamu hotel yang sedia menanti aku di lapang terbang. Kami terus dibawa kehotel tempat pengginapan yang telah disediakan oleh bakal majikan aku, Qatar National Bank (QNB). Hotel lima bintang dengan layanan lima bintang juga. Jam 5:00 petang waktu tempatan kami akan berjumpa kembali Mr. Bala. Masa untuk rehat sebab penat kami duduk terlalu lama dalam kapal terbang. Zzzzzz....

Kini aku di Doha, Qatar

Assalamualaikum...

Seawal jam 5:15 pagi kami dah bangun. Jam 5:30 pagi teksi yang telah kami sewa tiba sedangkan perjanjian asalnya jam 6:00 pagi. Baguslah kalau begitu. Selesai subuh jam 6:15 pagi kami berangkat ke KLIA. Ermmm... ada sekatan jalan raya gara-gara Bersih 2.0. Teksi kami ditahan, kebetulan pula saya memakai baju yang hampir dengan warna kuning. Kami ditanya oleh seorang Inspektor yang bertugas dimasa itu, kemanakah arah tuju kami. Pemandu teksi ersebut menjawab kami dalam perjalanan ke KLIA. Rupa-rupanya ada hikmah juga bila pemandu teksi tersebut meletakkan bagasi aku yang besar itu di tempat duduk hadapan. Alhamdulillah kami terselamat. RM100 kami hulurkan kepada pemandu teksi sebaik tiba di KLIA, ditatkala itu jam tepat pukul 7:20 pagi. Tanpa berlengah kami terus ke kaunter H untuk daftar masuk. Terima kasih kepada Ayahanda, makcik, angah dan keluarga serta kak Ija sebab sudi datang menghantar kami. 8:30 kami bergerak menuju ke bangunan Satellite. Hampir sejam menungu di balai berlepas baru kami dibenarkan masuk kedalam kapal terbang, Qatar Airways. Bumi Malaysia kami tinggalkan tepat jam 10:40 pagi. Jumpa lagi Malaysia...