Assalamualaikum...
Ermmmm...nampaknya puasa tahun ini aku seorang diri, nun jauh diperantauan. Apa pun aku bersyukur kerana Qatar ini negara berteraskan Islam. Macam manalah suasanya agaknya. Adakah semeriah di Malaysia, bumi bertuah? Apa yang pasti Ramadhan di sini dalam musim panas. Suatu pengalaman baru dan pastinya mencabar. Walau apa pun akan aku tempuhi jua, InsyaAllah. Kepada isteri tercinta, keluarga, sahabat handai dan umat Islam seluruh dunia SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK. Semoga Allah menerima segala amal ibadat kita baik yang wajib mahu pun yang sunat.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh... Aku bukan mencari hujan emas di negeri orang, tetapi ianya adalah lebih dari itu. Suatu perjalanan kehidupan bagi meneruskan kelangsungan hidup di atas muka bumi Allah yang fana ini...
Search This Blog
Aku
- rahmat76
- Ampang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
- Lahirnya pada 20 September 1976, anak ketujuh dari lapan beradik. Dilahirkan di Hospital Port Dickson dan dibesarkan di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Anak kepada Haji Abdul Razak dan Hajjah Ainon ini telah berkahwin dengan gadis pilihan hatinya Latifah pada 15 September 2001. Kini perjalanan aku akan bermula.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment