Search This Blog

Aku

Ampang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Lahirnya pada 20 September 1976, anak ketujuh dari lapan beradik. Dilahirkan di Hospital Port Dickson dan dibesarkan di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Anak kepada Haji Abdul Razak dan Hajjah Ainon ini telah berkahwin dengan gadis pilihan hatinya Latifah pada 15 September 2001. Kini perjalanan aku akan bermula.....

Friday 12 August 2011

genaplah sebulan aku di QNB...

Assalamualaikum...

12 Julai 2011 lalu tarikh dimana aku mula menapakkan kaki di QNB. Majikan baru aku di Doha, Qatar ini. Hari ini 12 Ogos 2011 genaplah sebulan aku sebagai seorang pekerja QNB. Syukur alhamdulillah diatas nikmat rezeki Allah ini. Buat Mr. Bala, terima kasih di atas peluang yang diberi ini. Inilah peluang sekali seumur hidup. Buat isteri aku yang tercinta, abang ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kerana pengorbanan mu ini.  Terima kasih kerana kesetiaan dan kepercayaan terhadap diri abang ini kerana kita berjauhan. Kepada keluarga tercinta dan para sahabat yang disayangi terima kasih diatas sokongan, dorongan dan nasihat. Segala jasa baik kalian semua hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya. Semoga kalian semua dirahmati Allah.

1 comment:

  1. Salam..
    Oh ni blog suami. Puan isteri pun ada tulis blog juga kan...? Sbb sya pernah terbaca kisah dia hampir sama dgn blog ini..
    Selamat maju jaya di perantauan.

    ReplyDelete